February 11, 2012

Selamat hari lahir 13/2

Semoga dikau bahagia bersama si dia...
aku mendoakan yang terbaik
ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan tuhan
kita hanya merancang Allah yang menentukan
siapa kita nak pertikaikan takdir..
terimalah seadanya siapa jua pasangan hidup kita

p/s: selamat bertunang dan selamat pengantin baru
kepada si dia, bersabarlah menghadapi liku2 hidup bersamamu..
kerana pengalaman mengajarku untuk lebih toleransi...
hanya orang yang tinggi sabarnye hanya dapat bersamamu..
3 tahun, sudah cukup menjadikan aku seorang yg tabah dan penyabar...

Jaga hubungan elok2...berterus teranglah walaupun kenyataan itu pahit..
Jadikan pengalaman kita dulu, kalau masing2 ade simpan rahsia..xkan kemana
Jangan salahkan orang lain, baiki diri sendiri dulu, baru boleh tunding jari pada sesiapa..
Didiklah anak2 ke arah kebaikan..
semoga kehadiran dia, sedikit sebanyak dapat menjadi ibu kepada anak2 mu...

Aku bersyukur kerana dipertemukan denganmu..
3 tahun, banyak mengajarku apa itu kehidupan...
tabah menghadapi cabaran dan sabar menghadapi ujian..

Pesanku..jangan jadikan antara kita jurang dendam..
takde sebab untuk kita berdendam..
bersihkan hati masing2 dan terima takdir seadanya...

aku tidak lagi bersedih..
kerana aku yakin..
Allah Maha Mengetahui siapa lagi layak untukku dan untukmu...

SELAMAT ULANG TAHUN..SELAMAT BERTUNANG dan melayari bahtera rumah tangga untuk kali kedua..semoga berkekalan...




No comments:

Post a Comment

meh..jangan segan jangan malu..buat macam rumah sendiri