February 5, 2012

~~Siapa jodohku~~

Sebagai insan biasa...aku tak lari dari ingin disayangi dan menyayangi..
Kerana itu lumrah bagi tiap insan kerana sudah ditentukan dari azali..hawa dijadikan untuk adam..
manusia dijadikan untuk berpasangan..tiap yang bernyawa itu pasti ada pasangannya..

Setenang subuh pagi ini..aku meminta kepadaNya..
tunjukkan aku siapa jodohku..
Alhamdulillah..hatiku tenang..damai...

Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada Mu supaya memilihkan yang baik dengan pengetahuan Mu, dan aku meminta Mu memberi kekuatan dengan kekuasaan Mu dan aku meminta kemurahan Mu yang besar kerana kuasa Mu berkuasa sedang aku tidak berkuasa dan Engkau amat mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau yang amat mengetahui segala yang tersembunyi.
Ya Allah! Jika Engkau mengetahui jodohku ini baik bagiku dalam agamaku dan penghidupanku serta hari penghabisanku maka berikanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku kemudian berkatilah dia bagiku. Dan jika Engkau mengetahui jodohku ini tidak baik bagiku, dalam agamaku dan penghidupanku serta hari kesudahanku, jauhkanlah dia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta berikanlah kepadaku kebaikan di mana jua beradanya, kemudian jadikanlah aku senang kepadanya.

Allah itu Maha Penyayang, walaupun hambaNya ini sering mengabaikanNya...
Tapi Dia masih memberi peluang padaku untuk kembali ke jalanNya..

Tipulah kalau aku kata , aku tak pernah menangis kerana cinta..
Aku juga manusia biasa..tak lepas dari dosa dan noda...
Aku sedar diri aku siapa dan tak perlu orang lain nak memperkatakan status ku..
Ya, dari tingkatan 1 sampai 5, aku bersyukur kerana ditempatkan di sekolah agama..
Dan ujian yang aku lalui sekarang, untuk menguji keimananku..

Berbekalkan masa yang ada sekarang, Insyaallah...aku menjadi yang lebih baik dari sebelumnya
Pengalaman hidup banyak memberi pengajaran padaku...
Aku menjadi seorang yang lebih sabar, lebih cekal dan kuat..
Sebab aku tau,  nasib aku mungkin tak sama macam orang lain..
Jadi aku perlu persiapkan diri aku untuk jadi lebih baik...

Bila kita meminta, pasti DIA akan tunaikan...
Terima kasih Ya Allah atas ujianMu...

No comments:

Post a Comment

meh..jangan segan jangan malu..buat macam rumah sendiri